27 5 / 2012

Penat, diam.

Teruskanlah bercakap buruk tentangku
Teruskanlah sampai kau penat
Kerana bila kau penat
Kau diam.

27 5 / 2012

Kepadamu.

Jika kau rasa aku tak layak untuk berkawan denganmu. Buanglah aku.
Jika kau rasa aku menyusahkanmu. Janganlah hubungi aku.
Jika kau rasa membalas bbm/tweet/text aku adalah membuang masa. Delete/unfollow/deleteNo aku.

Dan jika betul kau rasa aku tak layak untuk kongsi suka duka bersama kau sebagai sahabat, janganlah terima aku sebagai kawan.

Tolonglah, aku sudah penat disakiti.

27 5 / 2012

Just give ‘em a second chance.

Just give ‘em a second chance.

(Source: lovequotesrus)

Permalink 10,048 notes

27 5 / 2012

(Source: lovequotesrus)

Permalink 6,499 notes

27 5 / 2012

I hope I am not :(

I hope I am not :(

(Source: lovequotesrus)

Permalink 8,220 notes

27 5 / 2012

(Source: lovequotesrus)

Permalink 11,936 notes

27 5 / 2012

Impian anganku.

Mahu miliki diploma, degree, master dan phD.
Mahu miliki sebuah kerjaya yang tetap.
Mahu bahagiakan ayah dan ibu.
Mahu menghantar ayah dan ibu ke Mekkah.
Mahu tetap bersama dengan adik-beradik.
Mahu miliki sebuah rumah yang lengkap.
Mahu miliki sebuah kereta sendiri.
Mahu terbitkan sebuah buku karya sendiri.
Mahu menjadi inspirasi seseorang.
Mahu menjadi isteri yang solehah.
Mahu miliki kehidupan yang abadi di dunia dan akhirat.
Mahu menjadi diri sendiri selamanya.

Semua di atas, tak dapat dikecapi jika tiada usaha, doa ayah ibu dan redha Allah S.W.T.

Insyallah. Amin.

27 5 / 2012

Gadis itu.

Gadis itu gadis biasa. Pakaiannya tak mahal. Dia hidup di dunia normal Minatnya hanya pada muzik dan seni. Seingatnya dia hanya punya suara. Instrument apa pun dia tidak pernah belajar. Tapi minatnya akan membawa dia untuk kenal apa itu nota muzik satu hari nanti. Dia percaya itu.

Gadis itu ilmunya biasa. Tapi dia selalu bersyukur Allah kurniakan otak yang senang menghafal dan dia sentiasa ingat, apa yang dibuat hanyalah untuk Allah dan ibu bapanya. Dan dia bertuah kerana selalu membanggakan keluarganya walaupun bukan besar kejayaan nya itu. Dia berharap untuk lebih membahagiakan keluarganya satu hari nanti. Dia percaya itu.

Gadis itu manusia biasa. Dia selalu salah memilih kawan dan sahabat. Terlalu penat, dia setia dengan sahabat. Kawan boleh dicari katanya. Gaduh, sakit hati, sudah sebati dalam diari hidupnya. Apakah kesalahannya? Dia sendiri kurang pasti. Yang pasti, semuanya adalah cabaran. Dalam fikirannya, dia berharap dia bahagia dengan sahabat yang dia pilih. Dia berharap sahabat sentiasa bersamanya satu hari nanti. Dia percaya itu.

Gadis itu gadis solo. Bukan tak mahu bercinta, tetapi penat dan tak bersedia katanya. Jika selalu dia berperasaan, tak pernah diungkapkan. Rupa parasnya tidaklah semenawan yang lain. Dia yakin satu hari nanti ada jejaka yang ditakdirkan untuknya. Dia percaya itu.

Gadis itu tak sempurna. Malah tak mengharap untuk menjadi sempurna.

Oh ya, gadis itu adalah aku.

27 5 / 2012

Permalink 547 notes

27 5 / 2012

New Born Talent Gig

New Born Talent Gig